Posts

Sambutan Tahun Baharu Cina DUN Sentosa Disambut Meriah, Perkukuh Perpaduan Komuniti

Image
SENTOSA, 1 hb March 2026  – Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat DUN Sentosa tahun ini berlangsung dalam suasana penuh meriah dan harmoni, dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dan agama yang bersama-sama memeriahkan acara tersebut. Penganjuran program itu bukan sahaja menyemarakkan semangat perayaan, malah menjadi platform memperkukuh perpaduan dan hubungan erat dalam kalangan komuniti setempat. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penaja hadiah utama, TTS dan Superdaya, serta para penyumbang lain yang turut sama membantu menjayakan program berkenaan. Sumbangan dan sokongan yang diberikan disifatkan sebagai amat bermakna dalam memastikan kelancaran serta kemeriahan sambutan kali ini. Penghargaan turut diberikan kepada Team Dragon yang memainkan peranan penting dari peringkat perancangan hingga pelaksanaan acara. Komitmen dan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan menjadi antara faktor utama kejayaan majlis tersebut. Majlis turut diserikan dengan...

Review Jujur: Pengalaman Sendiri Buat Skin Booster

Image
  Inshaallah hasil kepercayaan  rawatan yang aku lalui, aku akan sediakan bajet kerana hasilnya memang ketara. Lelaki pun kena dapatkan rawatan "Power"mcm ni..... Kalau u all sedang mencari rawatan yang lebih daripada sekadar facial biasa— sesuatu yang benar-benar menyentuh kesihatan kulit dari dalam — ini pengalaman sebenar aku buat Skin Booster di The Beauty Expert Aesthetic. - Dan ya… kulit memang nampak lebih glowing selepas rawatan. Bukan glowing jenis berminyak. Tapi glowing yang sihat. Info rawatan & servis: Https://thebeautyexpert.my/rawatan/ First Impression: Masuk Je Dah Rasa Tenang Sebaik melangkah masuk ke bilik rawatan, suasananya terus buat aku tarik nafas lega. Dinding dihias dengan elemen hijau yang menenangkan, pencahayaan lembut tak menyilaukan, katil rawatan tersusun kemas. Semua nampak bersih dan teratur. Ambience bagi aku sangat penting — lagi-lagi bila rawatan melibatkan injection. Bila suasana tenang, emosi pun stabil. Dan bila emosi stabil, badan l...

Jaya Grocer Kini Dibuka di The Mines Seri Kembangan

Image
Seri Kembangan, 27 Februari 2026 — The Mines Shopping Mall dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Jaya Grocer, rangkaian pasar raya mass-premium terkemuka di Malaysia, kini dibuka di The Mines Seri Kembangan sebagai penyewa utama baharu. Kehadiran ini menandakan cawangan pertama Jaya Grocer dalam portfolio CapitaLand di Malaysia dan merupakan satu pencapaian penting dalam strategi transformasi The Mines untuk memperkukuh penawaran runcit serta mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi gaya hidup utama di Lembah Klang. Majlis menandatangani perjanjian telah berlangsung di Mines Cruise, berlatarbelakangkan terusan berkonsepkan Venice sepanjang 85 meter yang menjadi nadi dan tarikan unik pusat beli-belah tersebut. Lokasi ini mencerminkan identiti The Mines sebagai destinasi runcit dan riadah yang berbeza daripada yang lain. Menurut Selina Ng, Pengarah Urusan Runcit, CapitaLand Investment (Malaysia), Jaya Grocer merupakan jenama yang telah lama dipercayai oleh isi rumah di Malaysia. Kehad...

Kontraktor Dakwa Badan Pengurusan Putra Intan Ingkar Perintah Mahkamah, Tuntut Bayaran RM270,000

Image
Sepang, 24 Februari – Seorang kontraktor mendakwa Badan Pengurusan Bersama (JMB) Putra Intan gagal mematuhi perintah Mahkamah Sesyen Sepang berhubung bayaran kerja yang telah dilaksanakan, melibatkan anggaran kira-kira RM270,000. Kontraktor berkenaan, dikenali sebagai Encik Musa, memaklumkan bahawa beliau telah menyelesaikan kerja-kerja yang diamanahkan melalui syarikatnya, namun sehingga kini bayaran yang sepatutnya diterima masih belum dijelaskan walaupun mahkamah telah mengeluarkan perintah pembayaran. Menurut wakil sekretariat yang menyokong tuntutan tersebut, kegagalan pihak pengurusan mematuhi arahan mahkamah merupakan satu tindakan serius dan tidak wajar. “Nobody is above the law. Jika ada perintah mahkamah, ia wajib dipatuhi. Jangan kompromi dalam soal keadilan,” tegas wakil berkenaan dalam satu kenyataan. Dakwaan Bayaran Insurans Telah Dibuat Encik Musa turut mendakwa bahawa semakan dengan pihak insurans mendapati bayaran tuntutan telah pun disalurkan kepada badan pengurusan. ...

Sajian Imbauan Desa: Gajah Tiga X Farmer Village Mempersembahkan Lebih 70 Menu Warisan Melayu Istimewa Untuk Seisi Keluarga Ramadan Ini!

Image
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, dua restoran terkenal Gajah Tiga dan Farmer Village buat julung kalinya bergabung dalam mempersembahkan Sajian Imbauan Desa dalam hidangan buffet berbuka puasa. Istimewanya, dalam buffet Ramadan Sajian Imbauan Desa itu bakal mempersembahkan lebih 70 hidangan warisan Melayu yang pastinya mengamit kenangan setiap kali berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan. Sajian Imbauan Desa terdiri daripada masakan tradisional Melayu ala kampung yang semestinya dekat dengan selera pelanggan sempena Ramadan ini. Antaranya adalah ‘signature’ Cucur Udang Gajah Tiga, serta menu-menu utama popular Gajah Tiga seperti Rendang Tok, Ayam Masak Lemak Cili Api, Gulai Daging Kawah, Sate Ayam dan Daging, Tempoyak Pucuk Ubi, Kambing Golek dan banyak lagi. Selain hidangan utama, Sajian Imbauan Desa juga turut menyediakan menu-menu sampingan lain antaranya menu Pembuka Selera seperti Gado-Gado, pelbagai aneka kerabu termasuk Kerabu Pegaga, Kerabu ikan bilis dan banyak lagi. M...

Jom Healing Atas Awan, Makan Sedap! Festival Paling Happening Musim CNY di Resorts World Genting

Image
Genting Highlands, Malaysia | 13 Februari – 3 Mac 2026 — Musim perayaan tahun ini lebih meriah dengan kehadiran Chinese New Year Bazar 2026, sebuah festival makanan halal, budaya dan hiburan berskala besar yang kini berlangsung di Madison Square, Resorts World Genting. Festival ini dianjurkan oleh Zada Event Management, bersama Pasar Eatai dan CP Ventures. Festival selama hampir tiga minggu ini menawarkan pengalaman lengkap — gabungan kulinari halal tempatan dan antarabangsa, hiburan pentas, aktiviti keluarga, serta dekorasi perayaan yang meriah — semua dalam satu lokasi ikonik Genting Highlands.  Pengunjung boleh menikmati pelbagai pilihan makanan halal tempatan dan antarabangsa, street food trending, dessert popular serta pengalaman kulinari unik yang jarang ditemui dalam satu festival perayaan. Acara ini bukan sekadar bazar biasa, tetapi platform untuk memperkenalkan halal sebagai gaya hidup global, merangkumi budaya, komuniti dan pengalaman pelancongan.  Kolaborasi bersama...

Rumah Warisan Bertukar Pusat Sehenti Budaya, Kulinari & Acara Eksklusif

Image
Sebuah rumah warisan kayu cengal yang masih kukuh berdiri walaupun usianya telah lama kini melalui transformasi besar apabila dijadikan pusat sehenti budaya dan kulinari berkonsep tradisional. Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan memelihara seni bina lama, malah menghidupkan semula warisan makanan dan budaya tempatan dalam suasana autentik. Pemilik rumah warisan Tanjung, Chef Nora , berkata lokasi bersejarah itu bakal menjadi ruang pengalaman budaya yang menyeluruh — daripada sajian tradisional hingga pembelajaran kemahiran warisan. Menurut beliau, pelbagai menu Melayu klasik akan diperkenalkan termasuk hidangan dari Pantai Timur, Utara dan Selatan, serta manisan tradisional seperti halwa betik yang semakin sukar ditemui. Sebahagian menu yang diketengahkan merupakan resipi lama yang hampir pupus dan jarang disajikan kepada generasi hari ini. “Kami mahu masyarakat bukan sekadar makan, tetapi merasai sendiri suasana tradisional yang membangkitkan nostalgia dan selera,” katanya. Se...